[ ~Paduka Bendahari~ ]
[ ~Bi0DaTa~ ]
~Tun_Jebat~
~1986~
~bantal_busyuk@hotmail.com~
[ ~HoBi~ ]
~Tgk kartun~
~Melukis~
~Membaca sajak, novel & komik~
~Bermain dihujan~
~Melihat awan dan bintang~
~Perhatikan gelagat orang~
~Blog hopping~
~Lepak~

[ ~HuGGieS~ ]
*HUGS* TOTAL!
~Meh..KaSi kiTe *HUGS* SiKiT~
-GeT Ur OwN *HUGS*-
[ ~Other Homies~ ]
[ ~Links~ ]
[ ~PoLL Utk AnDa~ ]
[ ~Tag Sama Saya~ ]
|
|
|
 |
|
Thursday, February 24, 2005
Lelaki boleh mengandung?!
Wehehehe... Nih artikel khas utk lelaki sejati... :P (No offence.. just kidding)

INTERVIEW LEE MINGWEI DENGAN JANICE VRSALIUS (wartawan Paperveins)
Janice
- Mr Lee, seperti yang telah kita bincangkan, lelaki mengandung ni bahaya dari segi perubatan,lebih-lebih lagi anda akan melalui pembedahan Cesarian. Mengapa memilih untuk berbuat begini?
Mr. Lee
- Ramai orang menganggap ni sebagai perkara yang paling dahsyat., sebagai satu contoh bagaimana sains dan perubatan sekarang memang gila! Tapi bagi saya, saya cuma nak membawa budak tu keluar ke dunia ni. Tak ada yang lebih asli dan mengagumkan di dunia ni selain tu. Ini adalah sesuatu yang ingin saya lakukan.
Janice
- Sudah tentu anda tahu yang ramai tidak menyenangi tentang idea lelaki mengandung ni?
Mr. Lee
- Saya tahu konsep ni mengejutkan pada mula. Secara biologi, wanita yang patut melahirkan anak, tapi lelaki tak. Di sebalik revolusi seksua l yang dramatik sekarang ni, kita masih terpengaruh dengan peranan social. Sekarang kita masih ada beberapa pertanyaan untuk ditekankan. Mengapa lelaki tak boleh mengandung dan menjaga janin seperti perempuan? Mengapa lelaki tak boleh menanggung tanggungjawap perempuan yang mengandung? Satu lagi, mengapa lelaki tak dibenarkan merasa kegembiraan yang ditanggung oleh perempuan ketika mengandung? Sekarang saya rasa, lelaki dan juga wanita harus mempunyai banyak pilihan dalam hidupnya.
Janice
- Bapa saya lebih rela menderma semua organ-organ dalam badannya daripada melayan idea gila tentang lelaki mengandung ni!!
Mr. Lee
- Ya, memang menarik bila ramai lelaki yang rasa tergugat dengan idea ni. Idea lelaki mengandung selalunya dijadikan bahan ketawa. Ada seseorang pernah beritahu saya tentang sebuah filem Amerika yang popular di mana Arnold Schwarzenegger mengandung (Fi lem 'Junior'). Ada juga idea ni dalam satu episode 'The Cosby Show' di mana watak lelaki tu berangan-angan nak mengandung. Sekarang bila ianya dah jadi realiti, tak seorang pun mahu ketawa lagi!
Janice
- Saya terfikir, banyak sitkom dulu, dalam era 70an dan 80an, dimana watak lelakinya selalu dipakaikan dengan pakaian wanita untuk membuatkan penonton ketawa. Tapi bila lelaki di luar mahu berpakaian seperti wanita, mereka selalunya dipukul atau dimalukan secara seksual.
Mr. Lee
- Tu satu analogi yang baik. Benda-benda macam tu selalunya dianggap provokatif, menakjubkan dan tak tulin. Tapi sekarang kita ada datuk Bandar yang perpakaian seperti perempuan di live TV. Tak pernah dengarkah
Janice
- Saya ingat pernah menyaksikannya tahu n lepas di 'Saturday Night Live'. Saya ingat saya berhalusinasi.
Mr. Lee
- Tapi dia melakukannya untuk berjenaka. Saya rasa ramai 'pondan-pondan' di luar sana tu kecewa kerana perkara ni dah jadi mainstream pula. Saya nampak, ramai golongan yang suka berpakaian wanita ni adalah dari golongan gay. Kalau anda lelaki yang mahu menjadi perempuan tapi tak ada niat untuk menunjukkannya, anda dikira ganjil.
Janice
- Bagaimana pula respon anda terhadap orang yang menganggap anda ialah 'pondan' mengandung, bukannya lelaki mengandung?
Mr. Lee
- Saya masih seorang lelaki, secara biologi! Saya tak ada keinginan langsung untuk menjadi seorang perempuan, tak pernah langsung berniat. Tapi saya ada keinginan yang kuat untuk merasakan apa yang perempuan rasa. Saya sangat menyayangi emak dan saudara perempuan saya, dan saya gembira dapat merasakan pengalaman mereka. Mengandung adalah perasaan yang sangat indah. Ini adalah satu pengalaman yang harus dirasai ol eh lelaki dan perempuan sebelum mereka mati.
Janice
- Saya pernah baca tentang projek seni anda bertajuk 'A Hundred Days With Lily'. Anda menganggapnya sebagai pengalaman baru yang spiritual.
Mr. Lee
- Ya. Saya membawa lily putih bersama saya ke mana saja saya pergi selama 3 bulan. Ia adalah penghormatan kecil untuk nenek saya yang sudah meninggal dunia.
Janice
- Saya baca ianya sesuatu yang berasal dari Ch'an Buddhism. Betulkah?
Mr. Lee
- Idea tu memang berasal dari Ch'an Buddhism. Saya membesar dengan kepercayaan Budhis di Taiwan. Kami belajar untuk menghargai kehidupan seharian.
Janice
- Tapi lelaki mengandung bukanlah sesuatu yang kita nampak setiap hari.
Mr. Lee
- Saya menganggap kehamilan ini sebagai menyimpan kepercayaan Budhist dala m diri saya. Saya dapat merasakan hubungan yang kuat antara diri saya dengan bayi dalam kandungan dan juga dunia di sekeliling kami. Dan sekarang saya merasa kesedaran dan perasaan yang kuat yang saya kongsikan bersama mak dan saudara perempuan, hasil dari kehamilan ini. Saya dapat memahami kehidupan dalam cara yang tak pernah saya sedari dulu.
Janice
- Saya pernah bercakap dengan wanita-wanita mengandung yang juga menceritakan tentang perasaan sedemikian. Saya pernah merasakan perasaan ini semasa saya mengandungkan anak perempuan saya beberapa tahun dulu. Soalan terakhir, Mr Lee, sudahkan anda mencadangkan nama bayi anda?
Mr. Lee
- Saya rasa saya akan tahu namanya bila bayi itu lahir nanti. Buat masa sekarang, kita tunggu dan lihat saja nanti.
Nak tau perkembangan kehamilan Mr. Lee, sila layari : ~Lelaki Beranak?!~
Sumber : forwrd dari emel
Posted at 2/24/2005 9:34:35 pm by SeNDiRi LaGi..
Permalink
Tuesday, February 22, 2005
Anda wanita? Sila baca...
Saya ketemui artikel ini di website ~> ~Ukhwah~
Tamparan hebat buat wanita.... >_<
Oleh : Norsiah Binti Karim
1. Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.
2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.
3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.
4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.
5. Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.
6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.
7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini "?.Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan kebaranian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.
8. Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick sahaja?
9. Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik
...................................................................
Posted at 2/22/2005 4:11:52 pm by SeNDiRi LaGi..
Permalink
Tadi aku tgk cerita 'Crocodile Files'..
Hehe..best sey.. kt cerita tersebut, lelaki tuh menunjukkan..
Banyak binatang telah terkorban dijalan raya...
Kesian.. Burung, ular.. Buaya pun ada!
I realised that.. the guy who host the show is full of passion..
Loving towards animal...
For the first in my life,
i actually ckp yg ular cute? hahaha...
Tkpela.. We see new things everyday... *winks*
Nak tau tak?? *grrrrr....*
Tadi geram sey dgn auntie2 kt Macdonald...
Aku pergi toilet pun dorang ckp...
Aku tk datang kerja pun dorang ckp... Aku punya suka arh!
Aku bukannya susahkan dorang! Kepo nk mampus! *evil*
Hehe..boleh katakan i rapat jugaklah dgn Rozaini.. Alaa..as a friend..
Rozaini pun rapat dgn budak lain.. It goes the same for me..
Cuba.. Kita lagi ada byk topic nk bual.. Sbb..entah..Mcm ada chemistry pulak
between us! Alaaa..biasalah kan.. Bukan ada apa2 feeling...
Cuma..sekarang, aku nk bual dgn Rozaini pun mcm rasa tk kena..
Org da byk sound.. Pikir kita ada apa2... (lagi2 makcik2 @ macdonald)
Tadi aku bilang Rozaini, dia kata.. Apa org nk pikir, pikir arh..
Bukan apalah, aku nih bertudung.. Lagi da attached...
Nanti klu kuar cite lain apa plak kan? -_-
There will be a time in life..
People will judged u and talk abt u, pakai baju apa..
Kawan dgn siapa... Berbual mcm mana.. kerja apa...
Kalau boleh everything dorang nk ckp...
Then, they will start to show off...
Bukan apalah...
It's so irritating.. Like..adalah org terdekat..
I don't care..anak dia.. Duda terpikat ke... Org kaya terpikat ke..
But..nk kena bilang org ke... Memanglah anak dia lawa...
It's not that im jealous.. huh!
But..okeylah..mmg sukar nk dipercayai.. When i heard that..
Anak org kaya nk dgn anak dia.. Coz.. mak dia mmg suka tambah cerita...
Aku tk cukur kening..pun ckp aku cukur kening..
The thing is.. dia tk ckp depan.. tapi ckp belakang...
Haizzz... *goosebumps*
Dahlah..aku nih asyik mengata org je! *geleng-geleng*
I hope my family dihindarilah daripada sikap mcm gitu... aminn...
Tk baik plak aku buruk sangka.. Klu betul2 org kaya nk dgn anak dia..
Then all the best... Apa nk buat.. Harapkan yg terbaik je la.. hehe!
Sekarang.. aku da nk kena buat timetable..
Makin lama, makin malas.. tk boleh jadi nih..
So..aku harap2 aku dpt mendisplinkan diri aku sendirilah
dgn timetable baru aku nih..
Alhamdulillah..bilik aku makin kemas! haha~
Klu tak...
'imah..kau kemaslah bilik kau tuh..
Abg kau lelaki tuh pun bilik lagi bersih..
Pagi2 bgn..biasakan kemas!!~'
Aduhh..lemah semangat aku setiap kali dileter... *winks* haha!
Yipee..malam turun westmall!! Contact lense dah ready..!!!
Dah boleh buang contact lense lama! *tak pedihkan mata!!* *smile*
Posted at 2/22/2005 3:43:10 pm by SeNDiRi LaGi..
Permalink
Monday, February 21, 2005
Ya Allah..Sukarnya bagi aku untuk menerangkan perasaan aku ini..
Yang penting, aku tahu.. Aku tidak boleh melihat kelibat dirinya...
Walaupun gambarnya maupun namanya...
I don't know why...
Setiap kali melihat namanya..
Aku terasa seolah-olah dia mengancam kebahagiaan aku..
I know that i still could'nt accept the fact that..
Whatever it is.. They will still remained friends..
Friends? Apa salahnya kalau menganggap seorang itu sebagai kawan sahaja?
Tetapi dalam konteks pemikiran aku..
Kawan masih menimbulkan harapan lama yg mungkin akan mekar..
Walaupun si dia sudah berpunya..
Walaupun sidektuh mungkin sudah melupakannya...
Rahimah.. Ouh..Rahimah...
Hari ini nama dia terpacar besar discreen komputer aku..
Waluupun hati aku sudah puas memujuk jgn pergi ke profile dia..
Tetapi aku tetap degil... Aku nmpk.. Dia sign GB..
GB? Alaa..tkde pape kan?? Tkde pape bukan??
Aku tidak dapat menafikan hati aku seolah-olah memberontak..
Seribu pertanyaan yang tidak bisa menemui jawapan...
Hmm..apa nih Rahimah?
Biarlah.. Mungkin tidak salah jika mereka masih bersahabat..
Bertanya khabar.... Tidak lebih dari itu bukan??
Sekadar kawan...Itu juga alasannya...
It's been one year..But im still the same...
I could'nt overcome the feeling of jealousy and inferior over her...
So..alas..
Biarlah..buat bodoh lah.. I am jealous~ Makan masa nih nk baik...
Telan je lah..moga2 jadi madu pd masa hadapan.... -_-
Posted at 2/21/2005 2:57:28 pm by SeNDiRi LaGi..
Permalink
Kisah mangkuk cantik, madu dan sehelai rambut
Suatu ketika, Rasulullah SAW, Abu Bakar, Umar dan Uthman berkunjung sebagai tetamu ke rumah Ali. Di sana mereka dijamu oleh Fatimah, puteri Rasululllah SAW sekaligus isteri Ali bin Abi Thalib. Fatimah menghidangkan untuk mereka semangkuk madu. Ketika mangkuk itu diletakkan,sehelai rambut jatuh melayang dekat mereka. Rasulullah SAW segera meminta para sahabatnya untuk membuat perbandingan terhadap tiga benda tersebut, iaitu mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut.
Abu Bakar yang mendapat giliran pertama segera berkata, “iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut”.
Rasulullah SAW tersenyum, lalu menyuruh Umar untuk mengungkapkan kata-katanya. Umar segera berkata, “kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Rajanya lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.
Rasulullah SAW kembali tersenyum, lalu berpaling kepada Uthman seraya mempersilakannya untuk membuat perbandingan tiga benda di hadapan mereka. Uthman berkata, “ilmu itu lebih cantik dari madu yang cantik ini. Orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.
Rasulullah SAW kembali tersenyum kagum mendengar perumpamaan yang disebutkan para sahabatnya itu. Baginda pun segera mempersilakan Ali bin Abi Thalib untuk mengungkapkan kata-katanya. Ali berkata, “tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.
Rasulullah SAW segera mempersilakan Fathimah untuk membuat perbandingan tiga benda di hadapan mereka. Fathimah berkata, “seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik. Wanita yang mengenakan purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.
Setelah mendengarkan perumpamaan dari para sahabatnya, Rasulullah SAW segera berkata, ‘seorang yang mendapat taufiq untuk beramal lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Beramal dengan perbuatan baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas, lebih sulit dari meniti sehalai rambut.”
Malaikat Jibril yang hadir bersama mereka, turut membuat perumpamaan. “menegakkan tiang-tiang agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik. Menyerahkan diri, harta dan waktu untuk agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehalai rambut”.
Allah SWT membuat perumpamaan dengan firmanNya dalam hadis Qudsi, “syurgaKu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu. Nikmat syurgaKu itu lebih manis dari madu dan jalan menuju ke syurgaKu lebih sulit dari meniti sehalai rambut”.
Wallahhualam..
Posted at 2/21/2005 2:13:18 pm by SeNDiRi LaGi..
Permalink
Saturday, February 19, 2005
I got so many things to write just now.. But just as i laid my hands on this keyboard...
Hmm..mcm tkde satu perkataan pun yg terkeluar... Haiz..well, that's just me..
This is not the first time it happened...
Anyway... i realised that im a little bit slow bila mengerjakan sesuatu...
I want to know..mcm mana nk upload lagu kt blogs??
Bukan dari websites instead file dari kita punya own computer...
Hmmmm.... it took me few hours... Kt depan computer doing nothing..
Mcm betul je dari tadi, i pergi web nih..web tuh.. But to no avail... Erugh!!
Well.. okey..i mmg tk expert on computer..
What do u expect? Haha.. kan alih2 nk pandai sendiri?
The thing is..i don't know who to ask... The only person in my mind right now is...
Hafeez... Tapi tk rapat sgt dgn dia..and everytime dia online.. Selalu bz..
So..forget abt it...
If u know..please do tell mee!!! I apperciate it a LOT!! *winks*
Hari nih kakak Nizam, Fauziah tunang... Lawanya dia... *drools*
Hahaha.. but seriously lawa!! Hopefully pertunangan dorang diakhiri dijinjing pelaminan
yang berkekalan.. amin!~
Berdebar-debar sey.. ramainya sedara dia!! Selamat lah Noraini ada kt sebelah.. haha!
Klu tak..mesti dah tk tau nk pergi mana..Nak duduk mana...
I was thinking... 'kalau aku betul2 dgn Nizam..Makcik-makcik depan aku nih semua
bakal menjadi saudara-mara aku...'
*Gulp* tercungap sekejap.. Tgk Kak Fauziah tunang, i tk tau when will it be my turn?
I tk blh bayangkan... suatu hari i jadi tunang org... Hahaha!! *blushing*
Cett..minah kahwin2 betul lah i nih!! Sudahlah..belajar yg penting...
I remember i was having a conversation with this chinese guy..
time tuh tgh siram pokok oren kt luar Macdonalds...
Chinese guy: how's work okey?
Aku: (nodded-geleng2-nodded) okey2lah...
Chinese guy: You full-time or part-time?
Aku: Considered myself as full-time...
Chinese guy: Okeylah what... Gaji pun okey..senang lah...
Aku: Tkdelah..gaji sikit arh.... (hahaha!)
Chinese guy: U okey what..lawa..gi cari suami kahwin lah.. Suami jaga u..kasi u duit...
Aku: (laughing...) No lah.....
Chinese guy: Repeated it again...
Aku: (Laughing) then masuk balik kt Macdonalds...
Wah..senangnya dia ckp.. Cari suami nih mcm main cap-cap kuti gitu!
Hahaha... alaa..sekarang semua byk pakai duit..
Kalau-kalau i dapat suami yg gaji besar.. (amin)...
I pun tk blh depended on dia sgt..
Like what my sister did.. Upah buat kuih, ajar tution..etc..
So..apa mau buat... But i think it's an advantage for a woman yg pandai masak..
ke jahit.. At least time hari raya, blh buat duit kan? Baju raya, langsir pun tk payah beli!
Hehehe... Mcm gini.. before i married.. i kena belajar lah nih semua.. Blh jadi skillful housewife!
Hahaha... Wishful thinking... *smile*
Actually..tadi tknk dtng kerja... pemalas betul! Tapi dgr suara Stephen, (Floor Manager, Boss) kesian pulak.. I was stammered.. bila nk bohong! Ya Allah..dah lah bohong..tak malu plak tuh nk bilang org... *paiseh*
U nk tau my reason apa?
Aku: "stephen...(stop) stephen..(stop)"
Stephen: ah..??
Aku: Stephen.. err..... Actually..(stop)...Hmmm......
i cannot come today.... (stop) i don't know arh... My contact lence..very itchy..
I cannot wear.. Shop open at 9am..then today i half-day only... If i work then, be only
for a few hours...
Stephen: then..u want to work how many hours today?
Aku: Err..(repeating the same thing, klu aku da terangkan mcm gitu.. nmpk sah la aku nk off!!!)
Stephen: So, u want to have off day ah? Off day..okeylah....
Aku: hmmmmmm... okey...
Actually..i punya mata mmg gatal, tuh bukan bohong...sebab lense dia lari..
But..i think it's a small problem..tkdelah smpi tk blh buat kerja kan?
Alas...
Aku: (called stephen back) today im working laaa...
Stephen: u sure or not? u can see?
Aku: can la..actually itchy only la..small problem! (gatal!)
Stephen: Okeylah..thank you!
Hahaha..so tadi kerja jugak.. Yg buat i tk nk pergi kerja pasal i was very tired laaa..
So... betul2 tk terdaya nk bgn... hehe! Tapi ingatkan..gaji sikit ah masuk...
Nanti manager da baik2 dgn i..habis kan nk buat attitude plak?
Hmm..Macdonalds.... Im lovin it!~ (bluek.. kuhuekk..kuhueek..bluek!!!! )
Posted at 2/19/2005 5:54:06 pm by SeNDiRi LaGi..
Permalink
Thursday, December 16, 2004
[!#Artikel#!] Penawar hati yang LUKA --full insya ALLAH
KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji?
Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka,
maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya
Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai
dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286 RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah ( dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar
dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu
amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri,
harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... .." -Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." -Surah Yusuf ayat 12
pautan ukhuwwah:
http://www.geocities.com/azdriana7/
Cut and paste from.. http://hosmu.blogdrive.com/
Posted at 12/16/2004 4:39:57 pm by SeNDiRi LaGi..
Permalink
Tuesday, December 14, 2004
ALLAH swt menolak satu doa rasulullah~
assalamualaikum.. mari bersama2 kita renungkan..
'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa :
"Satu Rasulullah s.a.w. telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah s.a.w.
sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan
menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan
Rasulullah s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa yang agak
panjang kepada Allah s.w.t. Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah
s.a.w. pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah
bermohon kepada Allah s.w.t. tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma
dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.
1. Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t. supaya ia tidak membinasakan
umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini
diperkenankan oleh Allah s.w.t.
2. Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t. supaya umatku ini jangan
dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah
melanda umat Nabi Nuh a.s.). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh
Allah s.w.t.
3. Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t. supaya umatku tidak
dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, per
gaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak
diperkenankan (telah ditolak).
Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh
antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri,
orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?
Posted at 12/14/2004 7:10:54 pm by SeNDiRi LaGi..
Permalink
assalamu'alaikum wrt..
Pada suatu hari, seorang lelaki mendatangi seorang sahabat yg bernama
Abdullah ibnu Masu'd.
Lelaki itu berkata kpd Abdullah ibnu Masu'd:
"Wahai ibnu Masu'd, nasihatilah aku dgn sesuatu yg dpt meredakan kegelisahanku.
Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut, tidurku tidak nyenyak
dan seleraku hilang."
Lalu Abdullah ibnu Masu'd menjawab:
"Bawalah hatimu mengunjungi tiga tmpt. Pertama; ke tmpt org membaca
al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya ataupun kamu sekadar
mendengar pembacaan org lain. Kedua; kamu menghadiri majlis pengajian
yg mengingatkan kamu kpd Allah.
Ketiga; kamu mencari satu waktu yg sunyi, contohnya di waktu mlm dan
ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadat kpd Allah serta memohon kpdNya agar
diberikan ketenangan dan kedamaian hati kpdmu.
Jika slps melakukan kesemua itu jiwamu masih tidak tenteran,
mintalah kpd Allah agar digantikan hatimu dgn hati yg lain krn hati yg kamu
miliki skrg ini bukan hatimu."
Stlh mendengar nasihat Abdullah ibnu Masu'd, lelaki itu pun kembali
ke rumahnya. Beliau terus berwudhu' dan membaca al-Quran dgn penuh
khusyuk. Selesai membaca al-Quran, dia mendapati jiwanya berubah
menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan kegelisahannya hilang sama sekali.
Allahu a'lam..
Posted at 12/14/2004 7:06:33 pm by SeNDiRi LaGi..
Permalink
Monday, December 13, 2004
AchOOoo~
hehe..berdesin sekejap aku. Itu lah dia, siapa suruh mandi malam2? heheheh~
Sejuknya.. tk sabar nk tidur! Wee... Baju uniform keje pun dah gosok, solat isyak pun dah..
cuma..Err..baca doa tidur je! yeah..yeah!
Sekarang nih aku tgh dgr lagu YuSoF IsLaM.. 'This iS iSLam'...
Aku tgh mencari lirik for this song.. Jadi pd sesiapa got an idea..
Beritahu guey okey? Thxs! WeE~
Kalau korang dgr betul2 lagu tuh..
sedih dan menyentuh hati...
Lagu tuh menerangkan yg agama Islam nih bkn pengganas..
Islam mengajar kita supaya saling sayang menyayang...
Haiz..bila pikir balik..
sedih eh tgk apa da jadi dgn agama kita sekarang...
Aku pun tk tau nk salahkan pengganas ataupun nk menyebelahi kaum barat..
Aku tk salahkan org islam yg dilabel 'pengganas' kerana membuat
perbuatan kejam seperti membunuh diri sendiri ataupun meragut jiwa yg tidak berslh..
Mungkin kemarahan yg tidak dpt dibendung lagi terhadap negeri barat yg
memperkecilkn rakyat islam dan ajaran yg dislh faham; membuat mereka
bertindak sebegitu rupa..
Bila pikir balik, dunia nih tk adil...
kenapa mereka sangup membutakan mata?
Haiz..kalau org islam kita sendiri menyokong Bush..
aku pun tk tau nk ckp mcm mana..
Kesian aku tgk rakyat iraq yg telah dipenjarakan diseksa sebegitu rupa...
iTU pun..perkara sebegitu tidak dibesar2kan...
Aku tk paham kenapa ada org islam muslimin kita sendiri terasa dikongkong..
Kenapa mereka terlalu hendakkan kebebasan?
Sedangkan aku rasa, mmg patut wanita nih duduk kt rumah..
Kerana wanita nih kan bak berlian..
Lainlah mereka derita kaum muslimin sehinggakan kehilangan hak utk membela
diri sendiri..itu mmg sudah menyalahi agama..
Kenapa ada org pandang org pakai tudung nih terlalu keji?
Sudah ditetapkan agama yg kita mmg harus pakai tudung..
Jadi bkn..
'org alim je patut pakai tudung/org tk alim sgt tkyah'..
apa ke jadah?
Hmmm..hehe..wah.. mcm betul je ape aku ckp...
tapi betul laa.. Aku tau ah diri aku nih pun bkn baik mana..
Anyway..hari nih, hari lepak..
Semalam malam tidur lmbt.. wahaha!
So, aku buat kerja rumah lmbt... Slmt bila mak aku da balik..
Aku tinggal balance2 je nk sapu..
Hmm...semalam...
aku ingat lagi apa yg panda kata kt aku...
'yang..u tk bodoh tau yang..
siapa yg ckp u bodoh..?'
Terharu aku..
ada org yg percayakan aku..
yg aku nih blh berjaya.. Dia sanggup berikn aku semangat..
'i tk slhkn u psl rasa mcm gitu..
i faham u dibesarkn dlm keadaan negatif..
sehinggakan diri u rasa kecil..
smpikn u cannot lift up ur head..'
'i rasa sedih bila i dgr u pggl d
iri u sendiri
bodoh.. i rasa sedih yg i tk blh show u the other part of the world..
the bright side...'
hmm...menyayat hati sungguh...
it must be hard on him..
'but u tried ur best sayang to change me..
i really apperciate that...
thanks for being there...
i'll try to look on the bright side..
bt i really need to u to be by my side
for a while...
May Allah grant me strength... amin...'
Hmm..hari nih aku risau tgk mak aku sakit kaki...
dah tua mak aku nih...
Sampaikan jalan pun tadi terhenjut2..aku resah sgt..
'Mak..anak mak yg bongsu nih da besar mak...'
Hmm..rasa semcm tanggung jwp aku semakin berat gitu...
Aku bkn budak kecil lagi, mak aku kena jaga aku..
Malahan aku yg skrng patut jaga mak aku..
'Ya Allah... Aku harap mak aku panjang umur dan sihat selalu..
Sempat menunaikan haji dan meninggal dlm keadaan baik...'
amiiiinnnnnn....
Posted at 12/13/2004 9:27:44 pm by SeNDiRi LaGi..
Permalink
|
|
|